BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN
PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Keperluan | Kehendak |
Mesti dipenuhi untuk terus hidup Makanan,Pakaian, Rumah | Untuk hidup dengan lebih selesa Kereta, tilam,TV |
Sama untuk semua orang | Berbeza ikut taraf hidup |
Tuntutan semulajadi | Dari pengalaman |
Mudah dipuaskan | Tidak terhad |
Mengikut peringkat -Maslow | Tiada keutamaan |
Keperluan Fisiologi
- Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
- Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
- Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal
Keperluan Sosial
- Ada 2 keperluan pada tahap ini.
- Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
- Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan
Keperluan Rohani
- Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
- Juga dipanggil sempurna kendiri
PENGELUARAN
Pengeluaran
- aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
- proses mencipta nilai faedah
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan
Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan
Jenis Pengeluaran
- Pengeluaran Langsung – sara diri
- Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain
Cabang Pengeluaran
- Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
- Perdagangan
- Khidmat Langsung
FAKTOR PENGELUARAN
- Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
- Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
- Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
- Modal – Harta benda,sumber kewangan
Usahawan
Ø Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.
Ciri-ciri Usahawan
- Kreatif – berupaya mencipta
- Inovatif – boleh mengubah suai
- Berani menghadapi risiko
- Berkebolehan mengurus
- Rajin
- Yakin
- Berjimat
- Tabah
- Berusaha
- Bertanggung jawab
- Berpandangan jauh
- Bijak merebut peluang
- Membuat keputusan yang bijak
Peranan Usahawan
- Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan mencipta barang baru
- Mewujudkan peluang pekerjaan
- Meningkatkan taraf hidup
- Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
- Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
- Menggalakkan pertukaran wang asing
Beza Perniagaan dan Usahawan
Peniaga | Usahawan |
Menjalankan aktiviti jual beli sahaja | Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang |
Matlamat untuk untung sahaja | Sebahagian untung disalur kepada masyarakat |
Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja | Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas. |
SISTEM BARTER
- Aktiviti barang tukar dengan barang
- Tidak gunakan wang atau orang tengah
Syarat Sistem Barter
- Kemahuan serentak
- Ada lebihan barang
- Sukar mendapatkan kemahuan serentak
- Sukar tetapkan nilai barang
- Sukar tetapkan kadar pertukaran
- Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
- Barang tidak tahan lama
- Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak
PENGKHUSUSAN
Maksud Pengkhususan
- Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
- Bagi memenuhi keperluan dan kehendak
Jenis Pengkhususan
- Pengkhususan mengikut profesion
- Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll
- Pengkhususan mengikut proses
- Pembahagian kerja dikilang
- Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
- Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
- Pengkhususan mengikut kawasan
- Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
- Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang
- Pengkhususan antarabangsa
- Perbezaan pengeluaran antara negara
- Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik
Kelebihan Pengkhususan
- Meningkatkan pengeluaran
- Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
- Meningkatkan kualiti
- Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
- Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
- Meningkatkan kemahiran
- Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
- Meningkatkan peluang pekerjaan
Kekurangan Pengkhususan
- Pekerja mudah bosan
- Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
- Tidak kreatif
- Susah berpindah ke pekerjaan lain
- Kos beli mesin mahal
- Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
- Boleh tergendala jika satu proses terhenti
- Kos latih pekerja mahal
- Penggangguran naik kerana banyak guna mesin\
BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN
Maksud Perdagangan
- agihan barang
- daripada pengeluar ke pengguna
Maksud Perniagaan
Ø jual beli barang
Ø dapat untung
Ø jual beli barang
Ø dapat untung
Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan
Perdagangan | Perniagaan |
Merupakan cabang pengeluaran | Merupakan cabang perdagangan |
Agih barang | Beli dan jual barang |
Tujuan agih barang | Tujuan dapat untung |
Daripada perniagaan dan bantuan perniagaan | Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa |
Peranan Bank
- Ø Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit
- Ø Ada kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa
- Ø Beri modal melalui pinjaman / overdraf
- Ø Beri khidmat nasihat
- Ø Lain-lain perkhidmatan seperti:
· pertukaran matawang asing
· cek kembara
· peti simpanan selamat
Peranan Insurans
- Ø Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
- Ø Bayar premium, dapat gantirugi, dapat memulihkan kepada kedudukan asal
- Ø Berniaga lebih yakin, berani kembang perniagaan
- Ø Wujudkan peluang perniagaan
- Ø Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian
Peranan Pengangkutan
- Ø Bawa barang
· dari tempat lebih ke tempat kurang
· selaras permintaan dan penawaran
· stabilkan harga
- Ø Edar barang ke merata dunia
· pasaran lebih luas
· pilihan pengguna banyak
- Ø Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
- Ø Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
- Ø Elakkan pembaziran
- Ø Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
- Ø Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
- Ø Galakkan pertumbuhan ekonomi
· mewujudkan peluang pekerjaan
· mengurangkan kadar pengganguran
· meningkatkan taraf hidup masyarakat
· meningkatkan pendapatan negara
- Ø Galakkan penyebaran sains dan teknologi
- Ø Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan
Peranan Pergudangan
- Ø Pengeluaran besar-besaran berterusan
- Ø Simpan bekalan berlebihan
· bekalan berterusan
- Ø Selaraskan permintaan dan penawaran
· stabilkan harga
- Ø Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus.
- Ø Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan
- Ø Lindungi risiko kecurian / selamat
- Ø Sedia tempat pamer barang
· boleh periksa barang sebelum beli
· dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
- Ø Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot
Peranan Promosi
- Ø Perkenalkan barang
- Ø Beri maklumat
· pengguna mudah pilih
- Ø Wujudkan permintaan
· pujuk pengguna beli
- Ø Tingkatkan daya saing
- Ø Didik orang ramai guna barang
- Ø Tingkatkan jualan / untung
- Ø Tingkatkan imej barang / syarikat
- Ø Meluaskan pasaran
Peranan Komunikasi
- Ø Hubungi pembekal / pelanggan
· secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)
- Ø Sampaikan maklumat / pesanan
- Ø Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
- Ø Urusniaga cepat
· melalui teleks , telefon
- Ø Agihan tepat pada masanya
- Ø Memudahkan promosi
· meningkatkan jualan / untung
- Ø Luaskan pasaran
- Ø Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
- Ø Kurangkan risiko kerugian / kerosakan
Perkaitan antara Pengeluaran , Perdagangan dan Perniagaaan
- Ø Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan
· untuk puaskan kehendak manusia
- Ø Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran
· seperti buruh, modal, tanah dan usahawan
- Ø Barang perlu agihkan ke pasaran
· maka ia perlukan perdagangan
- Ø Perdagangan ialah proses agih barang
· dari pengeluar kepada pengguna
- Ø Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan
- Ø Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung
- Ø Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans pengangkutan dan komunikasi
- Ø Perniagaan adalah cabang perdagangan
- Ø Perdagangan adalah cabang pengeluaran
BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI
BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA
BAB 5 : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN
CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN
Ø Memulakan sendiri
· menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
· usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
· usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.
Ø Mengambil alih
· membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
· perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
· pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.
Ø Warisan
· mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store
Ø Francais
· hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
· Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
· Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
· Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
o sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
· Contoh Marrybrown, England Optical
Ø Diundang
· usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
· dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.
Faktor Dipertimbangkan Sebelum Memulakan Perniagaan
- Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
- Memastikan modal mencukupi
- Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan berpotensi maju.
- Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
- Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa, kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan kuasa beli penduduk.
- Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
- Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang strategi menghadapinya.
Pengendalian Perniagaan
- Pengurusan stok
- stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa akan datang
- pengurusan stok melibatkan aspek:
· Mendapatkan bekalan stok
· Memeriksa stok
· Merekod stok
· Menyimpan dan mengawal stok
· Memperaga stok
· Pengurusan kewangan
melibatkan:
o Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
-Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
o Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
-dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih
serta mencari pulangan modal.
- Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan meningkatkan prestasi perniagaan.
- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat, tingkatkan promosi.
- Pengurusan sumber manusia
- Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan latihan kemahiran
- Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempa penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan riadah dan ibadat.
- Mewujudkan hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara pekerja dan majikan.
- Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja seperti Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Ordinan KWSP 1955.
- Pengurusan masa
- usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.
- Pengurusan pelanggan melibatkan 3 aspek:
ü Memahami sifat pelanggan
ü Mengenalpasti jenis pelanggan
ü Mengetahui cara melayan pelanggan.
- Pengurusan risiko ada tiga jenis risiko
ü Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
ü Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan
seperti peperangan
ü Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
kerugian yang berpunca spekulasi pelaburan.
- Pengurusan maklumat
o maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi menjamin keberkesanan pengurusan.
o pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.
Jenis Milikan Tunggal
Milikan Tunggal
- perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
- dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
- pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
- keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.
Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
o Permohonan carian nama – Borang PNA 42
o Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
o Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D
Perkongsian
- perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
- pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah Akta Perkongsian 1961
- ada tiga jenis rakan kongsi
o Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif
dalam perniagaan
o Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan.
o Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama disenaraikan sebaga salah seorang pemilik.
- semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
- agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
- keuntungan perkongsian tertakluk kepada cukai pendapatan perseorangan.
Cara Menubuhkan Perkongsian
- sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi Borang A - Halaman 3
o Permohonan carian nama – Borang PNA 42
o Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
o Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan
Syarikat Sendirian Berhad
- mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
- perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
- semua pemilik menanggung liabiliti terhad
- saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham dibuat dengan persetujuan ahli
- syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan pemegang saham syarikat itu.
- keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.
Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
- ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
o Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
o Permohonan untuk mendaftar syarikat dengan mengemukakan:
ü Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta penubuhan syarikat
ü Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat.
ü Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
ü Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
ü Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan sebagai setiausaha)
o Serahan dokumen
o Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan pemerbadanan syarikat - Borang D
Syarikat Awam Berhad
- perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
- saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik melalui bursa saham.
- pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
- pemegang saham menanggung liabiliti terhad
- disenaraikan di bursa saham
- Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah yang dilantik .
- Pemegang syer yang memiliki lebih 51% akan menguasai Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
- ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
- Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap tahun.
- cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.
Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
- sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
o Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15, Akta Syarikat 1965
o Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
o Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
o Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
o Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
o Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar Syarikat.
KOPERASI
- Prinsip koperasi:
o keanggotaan secara sukarela dan terbuka
o kawalan secara demokratik oleh anggota
o kebebasan dan autonomi
o penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran maklumat koperasi
o perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.
- berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan kebajikan anggotanya
- jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank koperasi pengguna
- contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
- pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
- setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
- koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
- liabiliti terhad
- koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa mesyuarat agung.
- Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.
- Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
- Koperasi dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
- Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
- Menubuhkan jawatankuasa penaja
- Mengadakan mesyuarat agung
- Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
- Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.
· ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
· ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
· Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.
Penswastaan
- merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
- sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
- Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.
Tujuan :
- Mengurangkan beban kewangan kerajaan
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
- Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
- Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
- Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat
BAB 7 : PELABURAN
0 comments:
Post a Comment