Maksud
- Sistem tukar menukar barang antara satu sama lain dikenali sebagai sistem barter.
- Satu bentuk perniagaan di zaman dahulu
- Dikatakan bahawa sistem barter adalah bentuk terawal perniagaan
2 Syarat:
- Barang yang berlebihan untuk di tukarkan
- Kemahuan serentak : Kedua-dua belah pihak memerlukan barang masing-masing pada masa yang sama.
Kelebihan
- Tiada mata wang yang digunakan
- Dalam proses jual beli barang, mata wang tidak digunakan
- Tidak menggunakan orang tengah
- Pembeli dan penjual mendapatkan barang secara langsung. Mereka tidak perlu melalui orang tengah. Keperluan ini dapat dipenuhi dengan segera.
Kelemahan
- Masalah kemahuan serentak
- Pertukaran sesuatu barang memerlukan kemahuan serentak. Hal ini berkaitan dua individu yang ingin menukar barang perlu mempunyai keperluan serentak untuk saling dipenuhi.
- Kesukaran membahagi- bahagikan barang
- Barang yang hendak ditukar tidak mudah dipecah-pecahkan kepada unit-unit yang kecil. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai lembu tidak dapat membahagikan lembu tersebut kepada bahagian-bahagian kecil tanpa menyembelihnya terlebih dahulu
- Penentuan Nilai
- Nilai sesuatu barang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan suatu kadar pertukaran yang boleh dijadikan ukuran oleh kedua-dua pihak
- Masalah penyimpan barang
- Kebanyakan barang yang hendak ditukar tidak tahan lama cthnya ikan, sayur dan daging. Barang ini perlu ditukarkan dengan segera, kerana ia akan hilang nilai dengan cepat.