BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 20 May 2012

SOALAN OBJEKTIF

TINGKATAN 4

Bab 1 : Asas kepada Perdagangan

Soalan 1

Manusia perlu memenuhi keperluan asas yang dikenali juga sebagai keperluan
A     utama
B     fusiologi
C     kemesraan
D     keselamatan

Soalan 2

Syarikat Beras Atiqah menghantar bekalan beras dari Kedah ke Pahang. Syarikat Beras Atiqah dikatakan telah mencipta nilai faedah
A     masa
B     bentuk
C     tempat
D     milikan


Bab 2 : Unsur Perdagangan

Soalan 1

Mengimport barang-barang dari negara luar untuk diproses dan dieksport semula merujuk
A     perniagaan import
B     perniagaan eksport
C     perniagaan entrepot
D     perniagaan bebas cukai

Soalan 2

Jika berlaku sesuatu risiko yang diinsuranskan, apakah akan terjadi kepada pemegang polisi?
A     Dibenarkan membuat pinjaman
B     Dibayar ganti rugi atau pampasan
C     Perlu membayar premium tambahan
D     Digalakkan membeli polisi insurans


Bab 3 : Perniagaan Dalam Negeri

Soalan 1

Jika peruncit membeli dalam kuantiti yang sedikit, pembelian dibuat melalui
A     ejen
B     broker
C     pengeluar
D     pemborong

Soalan 2

Peruncit memberi kemudahan kredit kepada
i       pelanggan tetap
ii      pelanggan yang dipercayai
iii     pelanggan yang banyak wang
iv     pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak
A     i dan ii
B     i dan iii
C     ii dan iii
D     iii dan iv

 Bab 4 : Perniagaan Antarabangsa

Soalan 1


Antara berikut yang manakah eksport tak nyata?
A     Getah
B     Kereta
C     Kemasukan pelancong Arab
D     Rakyat Malaysia belajar di Jepun

Soalan 2

Apakah situasi yang membolehkan tukaran wang asing yang dibawa masuk akan meningkat?
A     Import meningkat
B     Eksport meningkat
C     Eksport melebihi import
D     Import melebihi eksport


Bab 5 : Industri Kecil dan Sederhana

Soalan 1

Berapakah jumlah pekerja sepenuh masa IKS?
A     Lebih 100 orang
B     Kurang 100 orang
C     Melebihi 150 orang
D     Tidak melebihi 150 orang

Soalan 2

Apakah sumbangan IKS kepada masyarakat?
i       Mengatasi masalah sosial
ii      Mewujudkan peluang pekerjaan
iii     Mengurangkan jurang pendapatan
iv     Menyediakan peluang menceburi bidang perusahaan
A     i, ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv


Bab 6 : Pemilikan Perniagaan

Soalan 1

Antara berikut, manakah formula yang betul untuk mengira untung kasar?
A     Untung Kasar = Jualan - Kos Jualan
B     Untung Kasar = Stok Awal - Stok Akhir
C     Untung Kasar = Jualan Bersih + Kos Jualan
D     Untung Kasar = Kos Jualan - Jualan Bersih

Soalan 2

Antara berikut, yang manakah risiko boleh diinsuranskan?
i       Kebakaran
ii      Rompakan
iii     Kemalangan
iv     Gempa bumi
A     i, ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv

Bab 7 : Pelaburan

Soalan 1

Antara berikut, yang manakah bahagian keuntungan syarikat yang dibahagikan antara pemegang saham?
A     Bonus
B     Faedah
C     Untung
D     Dividen

Soalan 2

Berapakah nilai minimum modal berbayar yang perlu ada pada syarikat yang ingin disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia?
A     RM30 juta
B     RM60 juta
C     RM70 juta
D     RM90 juta


TINGKATAN 5


Bab 1 : Perbankan dan Institusi Kewangan Lain

Soalan 1

Sistem perbankan konvensional adalah berdasarkan
A     sistem syarak
B     sistem pasaran
C     sistem manusia
D     sistem kapitalisme

Soalan 2

Antara berikut, perkhidmatan yang manakah tidak disediakan oleh bank koperasi?
A     Mengendalikan akaun semasa
B     Memberi pinjaman kepada anggota
C     Menyediakan akaun simpanan tetap
D     Melabur dalam projek pembangunan

Bab 2 : Insurans

Soalan 1

Seorang peniaga boleh membeli insurans untuk melindunginya daripada tuntutan pelanggan yang tercedera semasa membeli-belah di kedainya. Apakah nama polisi tersebut?
A     Insurans motor
B     Insurans liabiliti am
C     Insurans liabiliti majikan
D     Insurans kemalangan peribadi

Soalan 2

Prinsip indemniti berasaskan kepada tiga perkara iaitu
i       subrogasi
ii      sumbangan
iii     risiko boleh insurans
iv     doktrin sebab hampiran
A     i,ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv

Bab 3 : Pengangkutan

Soalan 1

Antara berikut, yang manakah tugas JPJ?
i       Mengutip cukai jalan
ii      Mengutip insurans kenderaan
iii     Mengeluarkan lesen pemandu
iv     Mendaftar semua kenderaan bermotor
A     i,ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv

Soalan 2

Apakah jenis lesen pembawa yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)?
i       Lesen Pembawa A
ii      Lesen Pembawa B
iii     Lesen Pembawa C
iv     Lesen Pembawa D
A     i dan ii
B     i dan iii
C     ii dan iv
D     iii dan iv

Bab 4 : Komunikasi

Soalan 1

Wang pos Malaysia mempunyai tempoh sah laku selama
A     1 bulan
B     2 bulan
C     3 bulan
D     4 bulan

Soalan 2

Apakah nama perkhidmatan bercetak yang menggunakan mesin
A     Teleks
B     Telegram
C     Telefaks
D     Mel elektronik
 
Bab 5 : Pergudangan

Soalan 1

Antara barangan berikut, yang manakah biasanya disimpan dalam penyetoran sejuk?
i       Daging
ii      Telur ayam
iii     Hasil laut
iv     Sayur-sayuran
A     i,ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv

Soalan 2

Antara berikut, manakah lokasi gudang yang sesuai?
i       Pelabuhan
ii      Pusat bandar
iii     Lapangan terbang
iv     Stesen kereta api
A     i,ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv

Bab 6 : Promosi

Soalan 1

Mengapakah pusat peranginan membuat pengiklanan melalui internet?
A     Kos yang rendah
B     Mudah dilaksanakan
C     Skop pasaran sangat luas
D     Persaingan sangat minimum

Soalan 2

Peruncit memberi kemudahan kredit kepada
i       Poster
ii      Kalendar
iii     Sepanduk
iv     Televisyen
A     i,ii dan iii
B     i,ii dan iv
C     i,iii dan iv
D     ii,iii dan iv

Bab 7 : Peranan Kerajaan dalam Perniagaan

Soalan 1

Apakah fungsi utama MARDI?
A     Menjalankan penyelidikan untuk memajukan sektor pertanian
B     Membuat penyelidikan untuk mengembangkan pasaran pertanian
C     Menstabilkan harga pasaran dan mengukuhkan strategi pemasaran
D     Bekerjasama dengan pihak swasta untuk memajukan sektor pertanian

Soalan 2

Syarikat yang menerima taraf perintis diberi pelepasan cukai selama
A     3 tahun
B     4 tahun
C     5 tahun
D     8 tahun

Bab 8 : Konsumerisme

Soalan 1

Sebuah persatuan pengguna telah menerima aduan daripada pengguna.
Apakah tindakan awalnya?
A     Membuat laporan polis
B     Menyiasat aduan berkenaan
C     Membawa peniaga ke balai polis
D     Mengambil tindakan undang-undang

Soalan 2

Bagaimanakah Akta Perihal Dagangan 1972 melindungi pengguna?
A     Peniaga diwajibkan meletak tanda harga
B     Mewajibkan perniagaan jualan langsung didaftarkan
C     Peniaga atau pengeluar dilarang memberi maklumat palsu
D     Kerajaan diberi kuasa menetapkan harga barang keperluan

0 comments: