BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 14 May 2012

BAB 3: PENGANGKUTAN



MAKSUD

ü  pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip



PERANAN PENGANGKUTAN

1)      membolehkan peniaga memasarkan barang niaga ke merata tempat merangkumi pasaran tempatan dan antarabangsa

2)      membolehkan barang yang mudah  rosak di hantar ke pasaran dengan lebih cepat.

3)      Mengelakkan lebihan dan kurangan barangan di pasaran

4)      Mengurangkan kos penyimpanan stok

5)      Pergerakan buruh dari satu tempat ke satu tempat menjadi mudah dengan bantuan pengangkutan

6)      Menggalakkan pengaliran modal

7)      Mengalakkan pengeluaran secara besar-besaran

8)      Mempelbagaikan ilihan pengguna

9)      Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara

10)  Membantu memindahkan kecanggihan teknologi tempat atau Negara lain



JENIS PENGANGKUTAN

·         terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;

a.       Pengangkutan darat

b.       Pengangkutan laut

c.       Pengangkutan udara

d.       Saluran paip



PENGANGKUTAN DARAT

I.            terbahagi kepada dua iaitu :

Pengangkutan Jalanraya

·         terdiri daripada pengangkutan -  haiwan - lembu, kuda

  -  kenderaan - lori, van



 Kelebihan

·         Boleh serah barang dari pintu ke pintu

·          jimatkan masa

·         Kerja pemunggahan kurang

·         risiko barang rosak sedikit

·         Murah dan cepat untuk jarak dekat

·         sesuai bawa barang diperlukan segera

·         Tiada jadual perjalanan

·         Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak

·         Mudah hubungi kawasan pendalaman



Kekurangan

·         Mahal dan lambat bagi jarak jauh sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak

·         Ruang muatan terhad

·         Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)

·         Kos penyelenggaraan tinggi

·         Pembaziran tenaga buruh



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

- Bidang tugasnya:

·         Daftar kenderaan bermotor

·         Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan

·         Uji dan keluarkan lesen memandu

·         Keluarkan permit sekolah memandu

·         Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam

·         Kuatkuasakan undang-undang jalan raya

·         Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas

·         Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil



Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

- Bidang tugasnya:

·         Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam

·         Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan iaitu;

o   Lesen Pembawa A

- benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa

o   Lesen Pembawa C

- hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri

- kenderaan tidak boleh disewa



Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

- Bidang tugasnya:

·         Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan



Pengangkutan Rel

- contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT



Kelebihan

·         Murah dan cepat bagi jarak jauh

·         Ruang muatan lebih luas

·         Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah

·         seperti kayu balak , simen, pasir

·         Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa

·         mudahkan peniaga hantar / tunggu barang

·         Ada gerabak khas untuk bawa barang

·         Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah

·         gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena

·         ada kemudahan kontenarisasi



Kekurangan

·         Mahal dan lambat bagi jarak dekat

·         Tiada perkhidmatan pintu ke pintu

·         Banyak kerja pemunggahan

·         risiko barang rosak / hilang tinggi

·         Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan

·         Kos penyelenggaraan tinggi

·         Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

- Bidang tugasnya meliputi:

·         Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang

·         Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:

ü  keretapi penumpang , keretapi mel, ekspres, komuter

ü  keretapi barang / karg,  gerabak bertangki





PENGANGKUTAN LAUT



- sangat penting dalam perdagangan antarabangsa

- terdiri daripada:

ü  Perkapalan antarabangsa

- belayar merentasi lautan besar

- contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang

ü  Perkapalan dalam negeri

- belayar sepanjang pantai

- contoh: feri, kapal pesisir pantai



Jenis kapal

Kapal kargo

Ø  kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang

Ø  belayar ikut jalan dan jadual tetap

Ø  hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

Ø  tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa

Ø  tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

Ø  terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:

ü  kapal kontena - khusus untuk membawa kontena

ü  kapal tangki - khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair

ü   kapal penyetoran sejuk - ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur



Kapal kerentan (kapal tramp)

Ø  kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah

Ø  boleh ditempah / sewa atau dicarter

Ø  tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap

Ø  belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa

Ø  kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)

Ø  boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik

Ø  tambang boleh ditawar



Kapal penumpang

Ø  kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo

Ø  belayar ikut jalan dan jadual yang tetap

Ø  hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

Ø  tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan



Kapal pesisir pantai

Ø  digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan

Ø  tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport

Ø  contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang



Kelebihan Kapal Kerentan

ü  Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak

ü  Boleh dicarter seluruh kapal

ü  Bebas belayar bila-bila masa

ü  sebab tiada jadual khas

ü  Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran

ü  Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa

ü  Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa

ü  Tambang kapal boleh dirunding

ü  biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.



Kekurangan Kapal Kargo

ü  Tidak sesuai untuk bawa barang pukal

ü  Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

ü  Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

ü  dan tidak boleh dirundingkan

ü  biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan





Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan



KAPAL KARGO
KAPAL KERENTAN
1. Belayar mengikut jalan dan jadual yang tetap
1. Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa
2. Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti perabot, mesin
2. Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak
3. Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
3. Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter
4. Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja
4. Boleh sewa seluruh kapal
5. Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
5. Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar
6. Bil muatan sebagai bukti barang diangkut
6. Selain bil muatan, janji carter diperlukan





Kebaikan Pengangkutan Air

*      Boleh bawa muatan banyak

*      Tambang lebih murah

*      Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah

*      Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah

*      Tiada kesesakan lalu lintas

*      Kos penyelenggaraan sedikit

*      Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo

*      Ada kemudahan kontenarisasi - cepatkan urusan kastam



Kekurangan Pengangkutan Air

*      Tiada serah pintu ke pintu

perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan

*      Kerja pemunggahan yang banyak

meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan

*      Perjalanan lambat sampai

Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja



Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)

- peranannya;

*      Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing

*      Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa bagi menghantar kargo

*      Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain

*      Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut

- peranannya:

*      Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot

*      Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia

*      Wujudkan sistem pelayaran yang efisen

*      Selenggarakan pelabuhan

*      Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran



Lembaga Pelabuhan

ü  Contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang

ü  peranannya;

*      kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan

*      sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon

*      sediakan dermaga dan tongkang

*      sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift

*      sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh

*      sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya

*      sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal

*      keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar di sekitar pelabuhan



PENGANGKUTAN UDARA

- terbahagi kepada dua iaitu;

·         kapal terbang

·         helikopter



Kekurangan

§  Tambang mahal

§  Saiz dan berat kargo dihadkan

§  Tiada serahan pintu ke pintu

§  perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak

§  tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan

§  Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja

§  Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk

§  Kos penyelenggaraan tinggi



Kebaikan

1)      Sesuai bawa barang mahal dan ringan

a.       kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang

b.      contoh: ekspot berlian dan emas

2)      Sesuai bawa barang yang diperlukan segera

3)      yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas

4)      contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera

a.       Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama

5)      untuk menjamin agar barang segar dan baik

a.       contoh: bunga dan buah-buahan

b.      Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter

c.       Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat

6)      risiko kecurian kurang

7)      oleh itu kos insurans lebih rendah

a.       Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar

b.      Ada kemudahan kontenarisasi - mencepatkan urusan kastam



Penerbangan Malaysia (MAS)

*      Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan

*      Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri

*      Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji



Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

- Peranannya;

*      Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia

*      Sediakan perkhidmatan trafik udara

*      Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan

*      Sediakan khidmat bomba dan keselamatan

*      Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain

*      Sediakan pembangunan lapangan terbang

*      Sediakan khidmat kecemasan





Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain

ü  Boleh bawa barang lebih banyak

ü  Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang

ü  Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki

ü  Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang

ü  Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang

ü  Lambat sampai



SALURAN PAIP

·         cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip



Kebaikan

§  Barang selamat daripada risiko kecurian

§  Barang segera sampai

§  Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api

§  Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan



Kekurangan

§  Kos pemasangan saluran paip tinggi

§  Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air

§  Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki



Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)

§  Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia

§  Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura

§  Peranan / objektif:

Ø  cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara

Ø  pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan

Ø  galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium

Ø  menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia



Pengkontenaan

ü  sistem hantar barang guna kontena. kontena ialah peti logam dan mempunyai ukuran piawai

ü  Kebaikan guna kontena:

ü  Jimatkan masa

o   kerja pemunggahan cepat

ü  barang diangkut sekali gus sebagai satu unit

ü  Jimatkan tenaga buruh

ü  kurang kerja pemunggahan

o   barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif

ü  Kurangkan barang rosak / selamat

ü  terhindar daripada kesan cuaca

ü  Kurangkan kecurian sebab kontena dikunci

ü  Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang

ü  kerana pengangkutan sepadu

ü  Memudahkan hal dokumentasi

ü  Boleh guna sistem pengangkutan TIR

ü  kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara



o   Kekurangan guna kontena:

ü  Kos bina kontena tinggi

ü  Perlukan peralatan khas seperti kren

ü  Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata

ü  Perlukan sistem pengangkutan bersepadu



Faktor-faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan



1. Kos pengangkutan

            - jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah

- contoh: a) Dalam Negeri - gunakan lori, keretapi

   b) Luar negeri - gunakan kapal

2. Jenis barang yang dibawa

- jika cecair (petrolium, susu getah) - gunakan pengangkutan khas seperti lori tangki

  kapal tangki

- jika mudah rosak (daging, sayur, bunga) - gunakan pengangkutan yang dilengkapi

  dengan penyetoran sejuk

- jika dalam negeri - gunakan van, lori

- jika luar negeri - gunakan kapal terbang, kapal



3.  Jarak perjalanan

- jika dekat - dalam negeri - gunakan lori, van

- jika jauh - dalam negeri - gunakan keretapi

- luar negeri - gunakan kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)



4.  Kuantiti, berat dan saiz barang

- jika banyak dan pukal - dalam negeri - gunakan keretapi

- luar negeri - gunakan kapal kerentan

- jika sedikit - dalam negeri - gunakan lori

- luar negeri - gunakan kapal kargo



5.Kesegeraan

- jika ingin cepat (ubat, alat ganti, surat khabar) - gunakan kapal terbang, helikopter



6. Risiko kerosakan

- jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) - perlu pembungkusan rapi dan gunakan van

- jika barang mudah rosak (daging, ais krim) - gunakan van ada awet dingin / setor sejuk



7.  Nilai barang yang dibawa

- jika barang mahal (emas, wang) - dalam negeri, gunakan van dengan ciri keselamatan

- luar negeri, gunakan kapal terbang

-jika barang murah (pasir, batu) - dalam negeri, gunakan lori, keretapi
- luar negeri, gunakan kapal kerentan
















0 comments: