BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 12 May 2012

SOALAN ESEI

BAB 1 : Asas kepada Perdagangan


BAB 2 : Unsur Perdagangan

BAB 3 : Perniagaan Dalam Negeri

BAB 4 : Perniagaan Antarabangsa

BAB 5 : Industri Kecil dan Sederhana

BAB 6 : Pemilikan Perniagaan

BAB 7 : Pelaburan


BAB 8 : Perbankan dan Institusi Kewangan Lain


BAB 9 : Insurans


BAB 10 : Pengangkutan



Bahagian A

1.      (a)  Terangkan jenis pengangkutan yang sesuai berdasarkan situasi berikut :
(i)                 Mengangkut sayur segar dari Jempol ke Kuala Lumpur
(ii)               Mengangkut bijih timah dari Malaysia ke Jepun
(iii)             Mengangkut bunga orkid dari Malaysia ke Amerika Syarikat
(iv)             Menghantar bekalan ubat-ubatan ke pedalaman Sabah
                
(b)  Terangkan kelebihan pengkontenaan.

(c)  Jelaskan mengenai Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR)

Bahagian B


Soalan ini wajib dijawab.

2.                Encik Khutti ialah seorang saudagar import. Beliau mengimport pelbagai jenis barangan dari India. Antara barang-barang yang diimportnya ialah pakaian, rempah, bawang, periuk dan lain-lain keperluan masyarakat India di Malaysia. Beliau mengimport barang-barang dari India menggunakan perkhidmatan pengangkutan laut seperti kapal kargo dan kapal kontena.

          Apabila barang yang diimport telah sampai, beliau memunggahnya ke dalam sebuah gudang. Daripada situ beliau akan menghantar barang tersebut kepada pemborong, pengedar, dan peruncit besar-besaran di bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia. Encik Khutti menggunakan pelbagai jenis pengangkutan darat untuk menghantar barangan yang dipesan oleh pelanggannya.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut :

(a)    Mengapakah Encik Khutti menggunakan pengangkutan laut untuk mengimport barangan dari India?

(b)   Apakah faktor-faktor yang akan dipertimbangkan oleh Encik Khutti semasa membuat pemilihan jenis pengangkutan yang akan digunakan?




BAB 11 : Komunikasi




Bahagian A

1.      (a)  Terangkan maksud komunikasi.

(b)  Jelaskan lima peranan utama komunikasi kepada ahli perniagaan.

(c)  Terangkan mengenai perkhidmatan berikut :
(i)                 peti surat
(ii)               tiket serahan tingkap
(iii)             khidmat beg berkunci

Bahagian B

Soalan ini wajib dijawab.

2.                Encik Andrew ialah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual aksesori motosikal. Beliau melibatkan diri dalam perniagaan itu sejak 8 tahun yang lalu. Kini beliau mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Bangi, Kajang, Seremban dan Melaka.

          Setiap cawangan diuruskan oleh seorang pengurus. Setiap hari beliau akan berhubung dengan mereka untuk mendapatkan perkembangan terkini. Beliau tidak dapat melawat ke semua cawangannya setiap hari dan terpaksa bergantung kepada sistem komunikasi yang cekap, pantas dan tepat.

          Jualan setiap cawangan semakin hari semakin bertambah. Salah satu sebab ialah strategi beliau yang selalu berhubung dengan pengurus serta memberi nasihat dan motivasi kepada mereka.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut :

(a)    Encik Andrew berhubung dengan pengurus cawangannya setiap hari. Apakah bentuk perkhidmatan komunikasi yang mungkin digunakannya?

(b)   Encik Andrew hendak menghantar satu peralatan elektronik yang ringan dan kecil kepada pengurus cawangannya di Melaka dengan segera. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh beliau gunakan?

(c)    Apakah perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad yang berguna pada Encik Andrew?




BAB 12 : Pergudangan


BAB 13 : Promosi


BAB 14 : Peranan Kerajaan dalam Perniagaan


BAB 15 : Konsumerisme

0 comments: