BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 12 May 2012

NOTA TINGKATAN 4



BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN


PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan
Kehendak
Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah

Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV


Sama untuk semua orang

Berbeza ikut taraf hidup

Tuntutan semulajadi

Dari pengalaman

Mudah dipuaskan

Tidak terhad

Mengikut peringkat -Maslow

Tiada keutamaan




 KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
                                         
Keperluan Fisiologi
  • Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
  • Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
  • Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal
Keperluan Sosial
  • Ada 2 keperluan pada tahap ini.
  • Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
  • Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

Keperluan Rohani
  • Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
  • Juga dipanggil sempurna kendiri
  
PENGELUARAN
Pengeluaran
  • aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
  • proses mencipta nilai faedah
 Nilai Faedah Bentuk
  • Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
Nilai Faedah Masa
  • Menyimpan barang hingga diperlukan
Nilai Faedah Milikan
  • Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
Nilai Faedah Tempat
  • Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan 
Jenis Pengeluaran
  • Pengeluaran Langsung – sara diri
  • Pengeluaran tak langsung  - perlu bantuan pihak lain

Cabang Pengeluaran
  • Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
  • Perdagangan
  • Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
  • Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
  • Buruh – usaha manusia  secara fizikal/mental
  • Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
  • Modal – Harta benda,sumber kewangan

Usahawan
Ø  Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

Ciri-ciri Usahawan

    • Kreatif – berupaya mencipta
    • Inovatif – boleh mengubah suai
    • Berani menghadapi risiko
    • Berkebolehan mengurus
    • Rajin
    • Yakin
    • Berjimat
    • Tabah
    • Berusaha
    • Bertanggung jawab
    • Berpandangan jauh
    • Bijak merebut peluang
    • Membuat keputusan yang bijak

Peranan Usahawan

  • Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan  mencipta barang baru
  • Mewujudkan peluang pekerjaan
  • Meningkatkan taraf hidup
  • Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
  • Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
  • Menggalakkan pertukaran wang asing

Beza Perniagaan dan Usahawan
Peniaga
Usahawan
Menjalankan aktiviti jual beli sahaja

Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
Matlamat untuk untung sahaja

Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.

                                                                                    
SISTEM BARTER
  • Aktiviti barang tukar dengan barang
  • Tidak gunakan wang atau orang tengah

Syarat Sistem Barter
  • Kemahuan serentak
  • Ada lebihan barang
 Masalah Sistem Barter
  • Sukar mendapatkan kemahuan serentak
  • Sukar tetapkan nilai barang
  • Sukar tetapkan kadar pertukaran
  • Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
  • Barang tidak tahan lama
  • Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

PENGKHUSUSAN

Maksud Pengkhususan
  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

Jenis Pengkhususan
  • Pengkhususan mengikut profesion
    • Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll
  • Pengkhususan mengikut proses
    • Pembahagian kerja dikilang
    • Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    • Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
  • Pengkhususan mengikut kawasan
    • Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    • Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang 
  • Pengkhususan antarabangsa
    • Perbezaan pengeluaran antara   negara
    • Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

Kelebihan Pengkhususan
  • Meningkatkan pengeluaran
  • Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
  • Meningkatkan kualiti
  • Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
  • Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
  • Meningkatkan kemahiran
  • Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
  • Meningkatkan peluang pekerjaan

Kekurangan Pengkhususan
  • Pekerja mudah bosan
  • Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
  • Tidak kreatif
  • Susah berpindah ke pekerjaan lain
  • Kos beli mesin mahal
  • Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
  • Boleh tergendala jika satu proses terhenti
  • Kos latih pekerja mahal
  • Penggangguran naik kerana banyak guna mesin\


BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN


Maksud Perdagangan  
  • agihan barang
  • daripada pengeluar ke pengguna

Maksud Perniagaan 
Ø  jual beli barang
Ø  dapat untung



Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan
Perdagangan
Perniagaan
Merupakan cabang pengeluaran
Merupakan cabang perdagangan
Agih barang
Beli dan jual barang
Tujuan agih barang
Tujuan dapat untung
Daripada perniagaan dan bantuan perniagaan
Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa


Peranan Bank 
  • Ø  Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit
  • Ø  Ada  kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa
  • Ø  Beri modal melalui pinjaman / overdraf
  • Ø  Beri khidmat nasihat
  • Ø  Lain-lain perkhidmatan seperti:


·         pertukaran matawang asing
·         cek kembara              
·         peti simpanan selamat          

Peranan Insurans 
  • Ø  Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
  • Ø  Bayar premium, dapat gantirugi, dapat memulihkan kepada kedudukan asal
  • Ø  Berniaga lebih yakin, berani kembang perniagaan
  • Ø  Wujudkan peluang perniagaan
  • Ø  Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian



Peranan Pengangkutan 
  • Ø  Bawa barang


·         dari tempat lebih ke tempat kurang
·         selaras permintaan dan penawaran
·         stabilkan harga
  • Ø  Edar barang ke merata dunia


·         pasaran lebih luas
·         pilihan pengguna banyak
  • Ø  Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
  • Ø  Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
  • Ø  Elakkan pembaziran
  • Ø  Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
  • Ø  Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
  • Ø  Galakkan pertumbuhan ekonomi


·         mewujudkan peluang pekerjaan
·         mengurangkan kadar pengganguran
·         meningkatkan taraf hidup masyarakat
·         meningkatkan pendapatan negara
  • Ø  Galakkan penyebaran sains dan teknologi
  • Ø  Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan


Peranan Pergudangan 
  • Ø  Pengeluaran besar-besaran berterusan
  • Ø  Simpan bekalan berlebihan
·         bekalan berterusan
  • Ø  Selaraskan permintaan dan penawaran
·         stabilkan harga
  • Ø  Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus.
  • Ø  Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan
  • Ø  Lindungi risiko kecurian / selamat
  • Ø  Sedia tempat pamer barang
·         boleh periksa barang sebelum beli
·         dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
  • Ø  Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot


Peranan Promosi
  • Ø  Perkenalkan barang
  • Ø  Beri maklumat
·         pengguna mudah pilih
  • Ø  Wujudkan permintaan
·         pujuk pengguna beli
  • Ø  Tingkatkan daya saing
  • Ø  Didik orang ramai guna barang
  • Ø  Tingkatkan jualan / untung
  • Ø  Tingkatkan imej barang / syarikat
  • Ø  Meluaskan pasaran


Peranan Komunikasi 

  • Ø  Hubungi pembekal / pelanggan
·         secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)

  • Ø  Sampaikan maklumat / pesanan
  • Ø  Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
  • Ø  Urusniaga cepat
·         melalui  teleks , telefon

  • Ø  Agihan tepat pada masanya
  • Ø  Memudahkan promosi
·         meningkatkan jualan / untung

  • Ø  Luaskan pasaran
  • Ø  Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
  • Ø  Kurangkan risiko kerugian / kerosakan


Perkaitan antara Pengeluaran , Perdagangan dan Perniagaaan 

  • Ø  Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan
·         untuk puaskan kehendak manusia

  • Ø  Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran
·         seperti  buruh, modal, tanah dan usahawan

  • Ø  Barang perlu agihkan ke pasaran
·         maka ia perlukan perdagangan

  • Ø  Perdagangan ialah proses agih barang
·         dari pengeluar kepada pengguna

  • Ø  Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan bantuan perniagaan
  • Ø  Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat untung
  • Ø  Bantuan perniagaan terdiri daripada bank, promosi, pergudangan, insurans pengangkutan dan komunikasi
  • Ø  Perniagaan adalah cabang perdagangan
  • Ø  Perdagangan adalah cabang pengeluaran

BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI

BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA

BAB 5 : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN


CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Ø  Memulakan sendiri
·         menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
·         usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
·         usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.

Ø  Mengambil alih
·         membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
·         perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
·         pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

Ø  Warisan
·         mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store

Ø  Francais
·         hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
·         Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
·         Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
·         Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
o   sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
·         Contoh Marrybrown, England Optical


Ø  Diundang
·         usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
·         dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

Faktor Dipertimbangkan Sebelum Memulakan Perniagaan

  • Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
  • Memastikan modal mencukupi
  • Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan berpotensi maju.
  • Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
  • Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa, kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan kuasa beli penduduk.
  • Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
  • Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang strategi menghadapinya.

Pengendalian Perniagaan
  • Pengurusan stok
    • stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa akan datang
  • pengurusan stok melibatkan aspek:
·         Mendapatkan bekalan stok
·         Memeriksa stok
·         Merekod stok
·         Menyimpan dan mengawal stok
·         Memperaga stok

·         Pengurusan kewangan
melibatkan:
o   Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
-Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
o   Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
     -dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih
                               serta mencari pulangan modal.
  • Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan    meningkatkan prestasi perniagaan.
    • kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,   tingkatkan promosi.

  • Pengurusan sumber manusia
    • Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan latihan kemahiran
    •  Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempa penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan  riadah dan ibadat.
    •  Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara pekerja dan majikan.
    •  Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja  seperti Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Ordinan KWSP 1955.

  • Pengurusan masa
    •  usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.
  • Pengurusan pelanggan melibatkan 3 aspek:
ü  Memahami sifat pelanggan
ü  Mengenalpasti jenis pelanggan
ü  Mengetahui cara melayan pelanggan.

  • Pengurusan risiko  ada tiga jenis risiko
ü  Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
ü  Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan
seperti peperangan
ü  Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
                                   kerugian yang  berpunca spekulasi pelaburan.

  • Pengurusan maklumat
o   maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi    menjamin keberkesanan pengurusan.
o   pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.

Jenis Milikan Tunggal

Milikan Tunggal
  • perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
  • dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
  • pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
  • keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
  • Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
o   Permohonan carian nama – Borang PNA 42
o   Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
o   Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D

Perkongsian

  • perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
  • pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah Akta Perkongsian 1961
  • ada tiga jenis rakan kongsi
o   Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif
dalam perniagaan
o   Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan.
o   Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama disenaraikan sebaga salah seorang pemilik.

  • semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
  • agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
  • keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian
  • sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi Borang A - Halaman 3
o   Permohonan carian nama – Borang PNA 42
o   Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
o   Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

Syarikat Sendirian Berhad
  • mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
  • perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
  • semua pemilik menanggung liabiliti terhad
  • saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham dibuat dengan persetujuan ahli
  • syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan pemegang saham syarikat itu.
  • keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.

Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
  • ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
o   Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
o   Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
ü  Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta penubuhan  syarikat
ü  Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat.
ü  Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
ü  Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
ü  Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan sebagai setiausaha)
o   Serahan dokumen
o   Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat - Borang D

Syarikat Awam Berhad
  • perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
  • saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik melalui bursa saham.
  • pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
  • pemegang saham menanggung  liabiliti terhad
  • disenaraikan di bursa saham
  • Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah yang dilantik .
  • Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
  • ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
  • Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap tahun.
  • cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
  • sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
o   Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15, Akta Syarikat 1965
o   Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
o   Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
o   Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
o   Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
o   Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar Syarikat.

KOPERASI
  • Prinsip koperasi:
o   keanggotaan secara sukarela dan terbuka
o   kawalan secara demokratik oleh anggota
o   kebebasan dan autonomi
o   penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran maklumat koperasi
o   perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.
  • berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan kebajikan anggotanya
  • jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank koperasi  pengguna
  • contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
  • pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
  • setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
  • koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
  • liabiliti terhad
  • koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa  mesyuarat agung.
  • Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.
  • Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
  • Koperasi dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
  • Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
  • Menubuhkan jawatankuasa penaja
  • Mengadakan mesyuarat agung
  • Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
  • Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.

Perbadanan Awam


·         ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk  menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
·         ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
·         Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.


Penswastaan
  • merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
  • sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :
  • Mengurangkan beban kewangan kerajaan
  • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
  • Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
  • Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat


BAB 7 : PELABURAN

0 comments: