BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 27 April 2012

SISTEM BARTER





Maksud
  • Sistem tukar menukar barang antara satu sama lain dikenali sebagai sistem barter.
  • Satu bentuk perniagaan di zaman dahulu
  • Dikatakan bahawa sistem barter adalah bentuk terawal perniagaan

2 Syarat:
  1. Barang yang berlebihan untuk di tukarkan
  2. Kemahuan serentak : Kedua-dua belah pihak memerlukan barang masing-masing pada masa yang sama.

Kelebihan
  • Tiada mata wang yang digunakan 
    • Dalam proses jual beli barang, mata wang tidak digunakan
  • Tidak menggunakan orang tengah 
    • Pembeli dan penjual mendapatkan barang secara langsung. Mereka tidak perlu melalui orang tengah. Keperluan ini dapat dipenuhi dengan segera.

Kelemahan
  • Masalah kemahuan serentak 
    • Pertukaran sesuatu barang memerlukan kemahuan serentak. Hal ini berkaitan dua individu yang ingin menukar barang perlu mempunyai keperluan serentak untuk saling dipenuhi.
  • Kesukaran membahagi- bahagikan barang 
    • Barang yang hendak ditukar tidak mudah dipecah-pecahkan kepada unit-unit yang kecil. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai lembu tidak dapat membahagikan lembu tersebut kepada bahagian-bahagian kecil tanpa menyembelihnya terlebih dahulu
  • Penentuan Nilai
    • Nilai sesuatu barang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan suatu kadar pertukaran yang boleh dijadikan ukuran oleh kedua-dua pihak
  • Masalah penyimpan barang
    • Kebanyakan barang yang hendak ditukar tidak tahan lama cthnya ikan, sayur dan daging. Barang ini perlu ditukarkan dengan segera, kerana ia akan hilang nilai dengan cepat.