BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 14 May 2012

NOTA PERDAGANGAN TINGKATAN 5

BAB 1 : PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

BAB 2 : INSURANS

BAB 3 : PENGANGKUTAN

MAKSUD

ü  pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip

PERANAN PENGANGKUTAN

  • 1)      membolehkan peniaga memasarkan barang niaga ke merata tempat merangkumi pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • 2)      membolehkan barang yang mudah  rosak di hantar ke pasaran dengan lebih cepat.
  • 3)      Mengelakkan lebihan dan kurangan barangan di pasaran
  • 4)      Mengurangkan kos penyimpanan stok
  • 5)      Pergerakan buruh dari satu tempat ke satu tempat menjadi mudah dengan bantuan pengangkutan
  • 6)      Menggalakkan pengaliran modal
  • 7)      Mengalakkan pengeluaran secara besar-besaran
  • 8)      Mempelbagaikan ilihan pengguna
  • 9)      Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara
  • 10)  Membantu memindahkan kecanggihan teknologi tempat atau Negara lain

JENIS PENGANGKUTAN
·         terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
a.       Pengangkutan darat
b.       Pengangkutan laut
c.       Pengangkutan udara
d.       Saluran paip

PENGANGKUTAN DARAT
I.            terbahagi kepada dua iaitu :
Pengangkutan Jalanraya
·         terdiri daripada pengangkutan -  haiwan - lembu, kuda
- kenderaan - lori, van

Kelebihan

  • ·         Boleh serah barang dari pintu ke pintu
  • ·          jimatkan masa
  • ·         Kerja pemunggahan kurang
  • ·         risiko barang rosak sedikit
  • ·         Murah dan cepat untuk jarak dekat
  • ·         sesuai bawa barang diperlukan segera
  • ·         Tiada jadual perjalanan
  • ·         Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
  • ·         Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan

  • ·         Mahal dan lambat bagi jarak jauh sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
  • ·         Ruang muatan terhad
  • ·         Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
  • ·         Kos penyelenggaraan tinggi
  • ·         Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Bidang tugasnya:
·         Daftar kenderaan bermotor
·         Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
·         Uji dan keluarkan lesen memandu
·         Keluarkan permit sekolah memandu
·         Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
·         Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
·         Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
·         Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
- Bidang tugasnya:
·         Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
·         Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan iaitu;
o   Lesen Pembawa A
- benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
o   Lesen Pembawa C
- hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
- kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
- Bidang tugasnya:
·         Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel
- contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan

  • ·         Murah dan cepat bagi jarak jauh
  • ·         Ruang muatan lebih luas
  • ·         Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
  • ·         seperti kayu balak , simen, pasir
  • ·         Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
  • ·         mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
  • ·         Ada gerabak khas untuk bawa barang
  • ·         Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
  • ·         gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
  • ·         ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan

  • ·         Mahal dan lambat bagi jarak dekat
  • ·         Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
  • ·         Banyak kerja pemunggahan
  • ·         risiko barang rosak / hilang tinggi
  • ·         Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
  • ·         Kos penyelenggaraan tinggi
  • ·  Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Bidang tugasnya meliputi:
·         Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
·         Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
ü  keretapi penumpang , keretapi mel, ekspres, komuter
ü  keretapi barang / karg,  gerabak bertangki


PENGANGKUTAN LAUT
  • - sangat penting dalam perdagangan antarabangsa


  • - terdiri daripada:
  • ü  Perkapalan antarabangsa
  • - belayar merentasi lautan besar
  • - contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
  • ü  Perkapalan dalam negeri
  • - belayar sepanjang pantai
  • - contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis kapal
Kapal kargo

  • Ø  kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
  • Ø  belayar ikut jalan dan jadual tetap
  • Ø  hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  • Ø  tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
  • Ø  tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
Ø  terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
ü  kapal kontena - khusus untuk membawa kontena
ü  kapal tangki - khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
ü   kapal penyetoran sejuk - ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

Kapal kerentan (kapal tramp)

  • Ø  kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah
  • Ø  boleh ditempah / sewa atau dicarter
  • Ø  tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
  • Ø  belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
  • Ø  kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
  • Ø  boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
  • Ø  tambang boleh ditawar

Kapal penumpang

  • Ø  kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo
  • Ø  belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
  • Ø  hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  • Ø  tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

Kapal pesisir pantai

  • Ø  digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
  • Ø  tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
  • Ø  contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang

Kelebihan Kapal Kerentan
ü  Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
ü  Boleh dicarter seluruh kapal
ü  Bebas belayar bila-bila masa
ü  sebab tiada jadual khas
ü  Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
ü  Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
ü  Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
ü  Tambang kapal boleh dirunding
ü  biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.

Kekurangan Kapal Kargo
ü  Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
ü  Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
ü  Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
ü  dan tidak boleh dirundingkan
ü  biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan


Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan

KAPAL KARGO
KAPAL KERENTAN
1. Belayar mengikut jalan dan jadual yang tetap
1. Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa
2. Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti perabot, mesin
2. Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak
3. Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
3. Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter
4. Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja
4. Boleh sewa seluruh kapal
5. Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
5. Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar
6. Bil muatan sebagai bukti barang diangkut
6. Selain bil muatan, janji carter diperlukan


Kebaikan Pengangkutan Air

  • *      Boleh bawa muatan banyak
  • *      Tambang lebih murah
  • *      Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
  • *      Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
  • *      Tiada kesesakan lalu lintas
  • *      Kos penyelenggaraan sedikit
  • *      Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
  • *      Ada kemudahan kontenarisasi - cepatkan urusan kastam

Kekurangan Pengangkutan Air

  • *      Tiada serah pintu ke pintu
    • perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
  • *      Kerja pemunggahan yang banyak
  • meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
  • *      Perjalanan lambat sampai
  • Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
- peranannya;
* Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
*      Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa bagi menghantar kargo
*      Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
*      Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa 
Jabatan Laut
           - peranannya:

  • *      Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
  • *      Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
  • *      Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
  • *      Selenggarakan pelabuhan
  • *      Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan
ü  Contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang
ü  peranannya;
*      kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
*      sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
*      sediakan dermaga dan tongkang
*      sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
*      sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
*      sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
*      sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
*      keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar di sekitar pelabuhan

PENGANGKUTAN UDARA
- terbahagi kepada dua iaitu;

  • ·         kapal terbang
  • ·         helikopter

Kekurangan

  • §  Tambang mahal
  • §  Saiz dan berat kargo dihadkan
  • §  Tiada serahan pintu ke pintu
  • §  perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
  • §  tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
  • §  Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
  • §  Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
  • §  Kos penyelenggaraan tinggi

Kebaikan

  • 1)      Sesuai bawa barang mahal dan ringan
a.       kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
b.      contoh: ekspot berlian dan emas

  • 2)      Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
  • 3)      yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
  • 4)      contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
a.       Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama

  • 5)      untuk menjamin agar barang segar dan baik
a.       contoh: bunga dan buah-buahan
b.      Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
c.       Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat

  • 6)      risiko kecurian kurang
  • 7)      oleh itu kos insurans lebih rendah
a.       Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
b.      Ada kemudahan kontenarisasi - mencepatkan urusan kastam

Penerbangan Malaysia (MAS)
*      Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
*      Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
*      Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
- Peranannya;
*      Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
*      Sediakan perkhidmatan trafik udara
*      Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
*      Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
*      Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
*      Sediakan pembangunan lapangan terbang
*      Sediakan khidmat kecemasan


Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain

  • ü  Boleh bawa barang lebih banyak
  • ü  Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
  • ü  Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
  • ü  Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
  • ü  Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
  • ü  Lambat sampai

SALURAN PAIP
·         cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip

Kebaikan

  • §  Barang selamat daripada risiko kecurian
  • §  Barang segera sampai
  • §  Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
  • §  Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan

  • §  Kos pemasangan saluran paip tinggi
  • §  Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
  • §  Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)

  • §  Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
  • §  Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura
  • §  Peranan / objektif:
Ø  cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
Ø  pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
Ø  galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
Ø  menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia

Pengkontenaan
ü  sistem hantar barang guna kontena. kontena ialah peti logam dan mempunyai ukuran piawai
ü  Kebaikan guna kontena:
ü  Jimatkan masa
o   kerja pemunggahan cepat

  • ü  barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
  • ü  Jimatkan tenaga buruh
  • ü  kurang kerja pemunggahan
o   barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif

  • ü  Kurangkan barang rosak / selamat
  • ü  terhindar daripada kesan cuaca
  • ü  Kurangkan kecurian sebab kontena dikunci
  • ü  Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
  • ü  kerana pengangkutan sepadu
  • ü  Memudahkan hal dokumentasi
  • ü  Boleh guna sistem pengangkutan TIR
  • ü 
    kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara


  • Kekurangan penggunaan kontena
  • ü  Kos bina kontena tinggi
  • ü  Perlukan peralatan khas seperti kren
  • ü  Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
  • ü  Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

Faktor-faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan

1. Kos pengangkutan
            - jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
- contoh: a) Dalam Negeri - gunakan lori, keretapi
   b) Luar negeri - gunakan kapal
2.Jenis barang yang dibawa
- jika cecair (petrolium, susu getah) - gunakan pengangkutan khas seperti lori tangki
kapal tangki
- jika mudah rosak (daging, sayur, bunga) - gunakan pengangkutan yang dilengkapi
dengan penyetoran sejuk
- jika dalam negeri - gunakan van, lori
- jika luar negeri - gunakan kapal terbang, kapal

3.  Jarak perjalanan
- jika dekat - dalam negeri - gunakan lori, van
- jika jauh - dalam negeri - gunakan keretapi
- luar negeri - gunakan kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)

4.  Kuantiti, berat dan saiz barang
- jika banyak dan pukal - dalam negeri - gunakan keretapi
- luar negeri - gunakan kapal kerentan
- jika sedikit - dalam negeri - gunakan lori
- luar negeri - gunakan kapal kargo

5.Kesegeraan
- jika ingin cepat (ubat, alat ganti, surat khabar) - gunakan kapal terbang, helikopter

6.Risiko kerosakan
- jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) - perlu pembungkusan rapi dan gunakan van
- jika barang mudah rosak (daging, ais krim) - gunakan van ada awet dingin / setor sejuk

7. Nilai barang yang dibawa
- jika barang mahal (emas, wang) - dalam negeri, gunakan van dengan ciri keselamatan
- luar negeri, gunakan kapal terbang
-jika barang murah (pasir, batu) - dalam negeri, gunakan lori, keretapi
- luar negeri, gunakan kapal kerentan



BAB 4 : KOMUNIKASI


BAB 5 : PERDAGANGAN


MAKSUD PERGUDANGAN

ü  Pergudangan adalah penyimpanan atau penstoran barang-barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan di pasaran.
PERANAN PERGUDANGAN

1. Membolehkan pengeluaran dijalankan berterusan
Pengeluaran barang-barang dilakukan sepanjang tahun walaupun tiada permintaan.Semasa menunggu permintaan dan penjualan, barang-barang itu disimpan digudang.
2. Membolehkan barang-barang dibekalkan sepanjang tahun
Barang-barang bermusim seperti beras dan gandum dihasilkan pada masa tertentu sahaja, tetapi ia diperlukan sepanjang tahun. Pergudangan membolehkan barang-barang tersebut disimpan supaya bekalannya mencukupi sepanjang tahun.

3. Menstabilkan harga barang-barang
Pergudangangan menstabilkan harga barang dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan barang-barang. Barang-barang yang berlebihan akan disimpan di dalam gudang dan akan dikeluarkan apabila terdapat kekurangan.

4. Membolehkan kerja akhir dan pemecahan pukal dilakukan
Semasa barang-barang disimpan didalam gudang, kerja-kerja menggred, menyukat, menimbang, membungkus dan menjenama boleh dilakukan bagi menjamin barang-barang dapat disiapkan sebelum dijual.

5. Memudahkan aktiviti import dan eksport dijalankan
Pergudangan menyediakan tempat untuk pengimport dan pengeksport menyimpan barang-barang mereka sementara menunggu untuk dieksport

6. Menyediakan tempat untuk mempamerkan barang-barang
Gudang merupakan tempat bagi mempemerkan barang-barang supaya pembeli boleh membuat pemeriksaan sebelum membuat pesanan.Contoh: Gudang pemborong dan Gudang 'bayar dan bawa'

7. Menjamin keselamatan barang-barang
Barang yang disimpan dalam gudang terlindung daripada hujan, sinaran matahari dan terselamat daripada kehilangan, kerosakan dan kecurian kerana gudang biasanya dilengkapi dengan alatan keselamatan elektronik yang canggih seperti sistem pencegah api dan alat penggera.

8. Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang
Gudang penyetoran sejuk boleh menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

JENIS JENIS GUDANG
1.Gudang persendirian
Contohnya:
i.Gudang Pengilang
ii.Gudang Pemborong
iii.Gudang Peruncit
iv.Penstoran Sejuk
v.Gudang Bayar & Bawa
2. Gudang Kerajaan
3. Gudang Awam
4.Gudang Berbon
Contohnya :
i.Gudang Kastam
ii.Gudang Berlesan.

JENIS GUDANG

1. Gudang Pengilang
i. Ia dimiliki oleh pengilang atau pengeluar untuk menyimpan:
· bahan-bahan mentah sebelum diproses atau
· barang-barang siap yang belum dijual.
ii. Ia tidak disewakan kepada orang lain.

2. Gudang Pemborong
i. Ia dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang-barang yang dibelinya.
ii. Fungsi gudang pemborong :
· Menyimpan stok yang dibeli secara pukal daripada pelbagai pengilang atau pengeluar.
· Melakukan kerja-kerja menyediakan barang-barang untuk dijual seperti memecah pukal,
membungkus, menjenama, menimbang dsb.
· Mempamerkan pelbagai jenis barang untuk pilihan peruncit.

3. Gudang Peruncit
i. Peruncit besar-besaran seperti pasar raya, gedung aneka jabatan dan kedai sejaras membeli barang-barang secara pukal terus daripada pengeluar maka dia mesti mempunyai gudang sendiri.
ii. Fungsi gudang peruncit adalah:
· Menyimpan stok yang dibeli secara pukal terus daripada pelbagai pengeluar.
· Melakukan kerja-kerja memecah pukal, membungkus, menjenama serta meletakkan tanda
harga.

4. Penstoran Sejuk
i. Ia adalah sebuah gudang yang dilengkapi alat penyejuk untuk menyimpan barang-barang tidak tahan lama atau cepat rosak seperti daging, buah-buahan, ikan, sayur-sayuran, aiskrim, mentega dsb.
ii. Ia biasanya terletak berdekatan pasar-pasar setempat, di jeti ikan, lapangan terbang. pelabuhan, dan stesen kereta api.
iii. Ia biasanya dimiliki oleh orang perseorangan atau syarikat untuk disewakan.

5. Gudang Bawa Dan Bayar
i. Ia dikendalikan oleh pemborong yang menjual secara layan diri dan tunai kepada peruncit.
ii. Peruncit memilih sendiri barang-barang yang dikehendakinya, mambayar di kaunter pembayaran dan kemudian mengangkut barang-barang dengan kenderaan sendiri
iii. Barang-barang dijual dengan harga murah kerana:
· Tidak ada kemudhan kredit.
· Tiada kemudahan pengangkutan.
· Kos sewa rendah kerana gudang ini terletak dikawasan yang murah sewanya dan premis tidak
dihias.
· Belian secara pukal.

6. Gudang Kerajaan
i. Ia dimiliki oleh kerajaan atau badan berkanun.
ii. Ia terletak di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen-stesen kereta api.
iii. Ia bertujuan menyediakan kemudahan bagi peniaga menyimpan barang-barang yang telah menjelaskan cukai tetapi belum bersedia untuk mengambil barang-barang tersebut.
Contoh: Gudang LPN yang mengadakan stok penimbal beras untuk menjamin bekalan beras mencukupi sepanjang tahun serta mengawal kestabilan harga beras.

7. Gudang Awam
i. Ia biasanya terletak di pintu masuk sesebuah negara seperti di pelabuhan, lapangan terbang, stesen kereta api dan di sempadan bandar.
ii. Ia dimiliki oleh kerajaan atau syarikat swasta yang menyewakan ruang kepada peniaga yang memerlukan ruang penyimpanan.
iii. Peniaga-peniaga mesti membayar sewa atau caj mengikut tempoh masa atau saiz ruang yang digunakan.


8. Gudang Berbon
i. Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang import yang cukainya belum dijelaskan
ii. Ada dua jenis gudang berbon:
a. Gudang Kastam yang dimiliki oleh kerajaan dan terletak di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais.
b. Gudang Berlesen yang dimiliki oleh pihak swasta. Ia di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais. Pemilik gudang menandatangi satu perjanjian (bon) dengan Pihak Kastam yang melarang barang-barang di bawa keluar dari gudang itu sebelum cukainya dijelaskan.Tindakkan ini dikenali sebagai "Meletakkan barang-barang di dalam bon".
iii. Semasa barang berada dalam gudang berbon, pemilik barang dibenarkan masuk bagi menyediakan barang-barang untuk dijual (seperti menggred, menimbang, membungkus menjenamadsb.)
iv. Pemilik barang-barang boleh mencagarkan barang-barang dalam gudang berbon untuk mendapatkan pinjaman tanpa menyerahkan barang-barang berkenaan
v. Caj sewa dikenakan bagi menggunakan ruang-ruang dalam gudang.
vi. Ia juga digunakan bagi menyimpan barang-barang import yang menunggu untuk dieksport semula ke negara-negara lain. Penggunaan gudang ini dapat mengelakkan:
· pembayaran cukai import semasa barang-barang diimport
· tuntutan bayaran duti import apabila barang-barang dieksport semula.

Fungsi-fungsi Gudang Berbon ialah:
a) menyediakan tempat untuk menyimpan barang-barang import sehingga duti import dibayar ataupun dieksport semula.
b) memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais meneliti kemasukan barang-barang asing ke dalam negara dan mengutip duti kastam.
c) memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai barangan eksport dan import.
d) memudahkan kegiatan perniagaan kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh disiapkan untuk dijual atau dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pihak Kerajaan
1. Membantu kerajaan memungut cukai serta mencegah perbuatan mengelakkan cukai.
2. Membolehkan kerajaan mengumpul data tentang import dan eksport.Data ini dapat membantu kerajaan menyelaraskan import dan eksport.
3. Gudang berbon menggalakkan perniagaan import, eksport dan entreport dijalankan kerana pembayaran duti kastam boleh ditangguhkan.
4. Gudang berbon membantu Pihak kastam mengawal dan memeriksa barang-barang import dan eksport. Kemasukan barang haram dapat dikawal.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Peniaga (Pengimport)
1. Membolehkan pembayaran cukai ditangguhkan.Peniaga hanya perlu membayar cukai ke atas barang-barang yang dibawa keluardaripada gudang berbon sahaja.
2. Memudahkan barang-barang dijual kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh dijual sekali gus atau sedikit-sedikit. Pembayaran cukai akan ditanggung oleh pembeli sendiri.
3. Membolehkan barang-barang disiapkan untuk dijual. Semasa barang-barang berada di dalam gudang berbon, peniaga boleh memeriksa dan menjalankan kerja-kerja seperti memecah pukal, menggred, membungkus, menjenama dsb.
4. Barang-barang di dalam gudang berbon boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman. Ini dilakukan dengan mencagar Waran Gudang.
5. Membantu aktiviti perniagaan entreport. Gudang berbon digunakan untuk menyimpan barang-barang yang diimport untuk dieksport semula apabila kapal tiba.Dengan ini peniaga dapat mengelakkan daripada membayar duti kastam.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengilang (Pengeluar)
1. Membolehkan bayaran duti ditangguhkan. Ini kerana pengilang boleh menangguhkan pembayaran duti import ke atas bahan mentah yang diimport. Duti hanyadibayar ke atas bahan-bahan mentah yang dikeluarkan sahaja.
2. Kerja-kerja peringkat akhir dapat dijalankan seperti membersih, memotong, menimbang dan mengukur bahan-bahan mentah di dalam gudang sebelum dibawa keluar ke kilang.
3. Menjamin pengilang mendapatkan pasaran tetap daripada pengimport asing kerana barang-barang yang diimport boleh disimpan di dalam gudang berbon dan tidak perlu membayar duti dengan serta-merta. Ini menggalakkan mereka membeli lebih banyak.
4. Pengeluaran boleh dilakukan secara besar-besaran kerana pengilang boleh mendapat pesanan tetap daripada pengimport-pengimport asing. Ini akan meningkatkan jualan dan keuntungan.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengeksport
1. Membantu menyelesaikan masalah pergudangan kerana barang-barang untuk dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon.
2. Barang-barang tempatan yang akan dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon untuk mengelakkan pembayaran duti eksais.
3. Apabila barang-barang buatan tempatan yang akan dieksport disimpan dalam gudang berbon, duti eksais tidak perlu dibayar. Penelakkan pembayaran duti ini mengelakkan modal kerja daripada terikat sebagai duti. Modal kerja ini boleh digunakan untuk kegunaan lain.
4. Membantu perniagaan entreport. Gudang berbon memudahkan pengeksport menjalankan perniagaan entreport kerana barang-barang boleh diimport untuk dieksport semula tanpa membayar duti.Semasa dalam bon barang-barang itu dapat disiapkan untuk dieksport semula.

PERBEZAAN ANTARA GUDANG BERBON DENGAN GUDANG LAIN
Gudang Berbon
Gudang Lain
1. Dimiliki oleh pihak swasta atau kerajaan
1. Dimiliki oleh peruncit, pemborong dan pengilang
2. Pemilik gudang swasta perlu menandatangani perjanjian (bon) dengan Jabatan Kastam dan Eksais untuk menjamin barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan duti eksais
2. Pemilik gudang tidak terikat dengan Jabatan Kastam dan Eksais. Lesen gudang diperlukan
3. Gudang dikawal oleh Jabatan Kastam dan Eksais
3. Gudang dikawal dan diurus oleh pemilik sendiri
4. Menyimpan barang-barang berduti yang dutinya belum dibayar
4. Menyimpan barang-barang yang dutinya telah dijelaskan atau barang-barang yang tidak dikenakan duti
5. Hanya menyimpan barang-barang eksport import sahaja
5. Menyimpan barang-barang keluaran tempatan, eksport dan import
6. Barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan duti
6. Barang-barang boleh dikeluarkan bila-bila masa diperlukan
7. Terletak di pelabuhan, stesen kereta api, di bandar-bandar sempadan dan di lapangan terbang
7. Terletak di tempat-tempat yang boleh memberi

CIRI-CIRI GUDANG YANG BAIK

1. Lokasi yang strategik
· Ditempatkan dilokasi yang strategik seperti di pelabuhan, lapangan terbang, dan perhentian kereta api untuk memudahkan pergerakan barang-barang.
· Mesti mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan raya dan sistem komunikasi.
· Memerlukan kawasan yang luas di sekelilingnya untuk memudahkan kerja punggah-memunggah.

2. Mempunyai kemudahan peralatan yang canggih
Dilengkapi dengan peralatan moden untuk memudahkan kerja-kerja punggah-memunggah seperti forklif, trak pengangkutan, troli supaya barang-barang dapat dikendalikan dengan lebih cermat, cepat dan selamat.

3. Ruang gudang yang luas dan susunan barang yang teratur
Ruang gudang yang luas dan lapang membolehkan barang-barang disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis dan kuantiti. Ini memudahkan kerja-kerja seperti menggred, menimbang, menyukat dsb dijalankan.

4. Sistem rekod yang teratur dan pengurusan yang cekap
Setiap barang yang dikeluarkan atau dimasukkan ke dalam gudang mesti direkodkan dengan sempurna di dalam buku stok, kad stok atau komputer.

5. Kesesuaian gudang dengan barang-barang yang disimpan
Contohnya,
· Gudang tanpa bumbung digunakan untuk menyimpan granite, batu marmar dan pasir.
· Gudang yang mempunyai bilik dingin beku sesuai bagi menyimpan barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.
· Gudang berbumbung tanpa dinding dapat digunakan untuk menyimpan kayu, papan dsb.

6. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan polisi insurans
Gudang perlu mengutamakan faktor keselamatan yang dapat mencegah kecurian, kebakaran, kerosakan, dan kehilangan.
· Alat pencegah api, pengawal keselamatan dan alat penggera perlu disediakan.
· Insurans mesti diambil untuk melindungi gudang dan barang-barang daripada risiko yang tidak dijangka seperti kecurian, kebakaran dsb.


BAB 6 : PROMOSI

MAKSUD PROMOSI
Ø  satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli
dan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Ø  Ianya juga bertujuan untuk menyedarkan para pengguna tentang barangan
Ø  menjadikan  pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan

PERANAN PROMOSI
a)      Menyampaikan maklumat
Ø  memberitahu kewujudan barang dipasaran
Ø  maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar
b)      Mewujudkan pasaran baru
Ø  menyedarkan pengguna tentang sesuatu barang baru
Ø  menarik minat pengguna untuk membeli
c)      Mengekalkan pasaran sedia ada
Ø  mengingatkan pengguna kepada jenama
Ø  mewujudkan pengguna setia kepada barangan yang sedia ada
d)     Meningkatkan dan meluaskan pasaran
Ø  membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna
Ø  menggunakan media yang liputan siarannya luas
e)      Memujuk dan mempengaruhi pembeli
Ø  menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik untuk pengguna membeli produk
f)       Memantapkan imej barang dan syarikat
Ø  barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna
Ø  barangan yang dipromosi biasanya lebih meyakinkan pengguna
g)      Mengatasi pesaing
Ø  mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing


PROMOSI DALAM PASARAN

ü  Promosi merupkan unsur penting dalam pemasaran.
ü  Strategi pemasaran melibatkan sasaranpasaran dan campuran pemasaran.

1)      Strategi Pemasaran
§  Sasaran pasaran
kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
§  Campuran pemasaran
Unsur-unsur yang menjadi asas dalam memenuhi kepuasan pasaran. Empat unsur dalam campuran pemasaran ialah:
*      Produk
menghasilkan barang berorientasi pengguna
menepati cita rasa, keperluan dan kehendak pengguna
*      Harga
Harga yang dikenakan berpatutan dan dapat menampung kos pengeluaran
*      Promosi
Aktiviti yang dapat mewujudkan dan memperluaskan pasaran
*      Agihan
dihantar tepat pada masa ke tempat barang diperlukan.

JENIS PROMOSI

1)      Pengiklanan
§  Cara komunikasi emasaran bertujuan untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli barangan dan perkidmatan
§  Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.
§  3 jenis gaya tarikan iklan:
a)      Pujukan Rasioal- Mengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi pembeli

b)      Pujukan emosi - Menimbulkan perasaan positif supaya orang ramai terdorong membeli.
- mesej iklan ada unsur rasa kasih sayang, takut, malu, bangga, gembira, mengikis perasaan bimbang

c)      Pujukan moral- Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan
- mesej iklan kebersihan alam sekitar, perarduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong

JENIS IKLAN
1.      Iklan penerangan
- mempernekanl jenama baru
- ada maklumat harga, kegunaan, cara guna, keistimewaan barangan
- elak keraguan pengguna

2.      Iklan memujuk
- persaingan sesuatu barangan semakin hebat di pasaran
- bentuk keyakinan pengguna
- terang kelebihan jenama, bandingkan dengan jenama lain
- menjadi iklan bertanding

3.      Iklan mengingat
- pengguna sentiasa mengingat sesuatu jenama
- disiarkan berulang-ulang
- barangan telah lama di pasaran

PROMOSI JUALAN
a.       cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
b.       bantu tarik pelanggan baru
c.       galakkan pengguna membeli
d.      barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing
e.       terdapat 3 cara promosi jualan:

                                                          i.            Promosi Pengguna
- mendorong pengguna membeli
- pengguna ditawarkan sample percuma, kupon hadiah, potongan harga,
pertandingan

                                                        ii.            Promosi pengedar
- pemberian insentif kepada pemborong dan peruncit supaya menambah
pengedaran dan jualan
- pengedar ditawarkan diskaun, barang percuma, hadiah wang, pertandingan
jualan

                                                      iii.            Promosi jualan
- galakkan jurujual menjual secara lebih berkesan
- insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
- tempoh promosi jangka masa pendek

JUALAN TERUS
1.      kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi melalui jurujual
2.      caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
3.      wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
4.      jurujual diberi komisen, diakaun
5.      jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
6.       jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
7.       jurujual tahu reaksi pengguna

PUBLISITI
1.      Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
2.       Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
3.       Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
4.      Tujuannya untuk beritahu barangan baru dan keistimewaannya
5.       Maklumat dikawal syarikat media
6.      Kelebihan - Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan baik dengan orang ramai
7.       Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang

 MEDIA PENGIKLANAN

JENIS MEDIA PENGIKLANAN
A.    AKHBAR/MAJALAH
§  Liputan lebih luas
§   Kos murah berbanding yang lain
§   Boleh sertakan gambar/peneranan
§   Boleh dibuat secara warna warni
§  Boleh dibaca berulang kali
§   Boleh pilih ruang/mukasurat

B.     HALAMAN KUNING
§  Ruang iklan di buku panduan telefon
§   Mudah untuk pelanggan
§   Disusun ikut abjad

C.     TELEVISYEN
§  Liputan luas
§  Ada gambar dan penerangan lengkap
§  Boleh diselitkan muzik
§  Lebih berkesan sebab audio visual
§  Boleh pilih masa siaran
§  Boleh menaja rancangan

D.    POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK
§  Kos murah
§  Menarik perhatian pengguna
§  Boleh pilih sasaran pasaran

E.     RADIO
§  Liputan luas
§  Penerangan lengkap
§  Boleh diselitkan muzik
§  Boleh disiarkan bila-bila masa
§  Boleh taja rancangan

F.      INTERNET
§  Liputan luas ke selruruh dunia
§  Boleh masukkan kesan animasi/audio visual
§  Boleh terus pesan barang on line
§  Kos murah jika pandai bina laman web sendiri

G.    LAMPU NEON
§  Cantik dan menarik                      
§  Jelas pada waktu malam
§  Boleh jadi pandu arah kepada pengguna
§  Boleh guna untuk tempoh lama

H.    PAMERAN/EKSPO
§  Sampai ke sasaran pengguna
§  Pengguna boleh cuba barang dan Tanya
§  Boleh kesan masalah pengguna
§  Hubungan 2 hala dengan pelanggan

PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan

1)      Jenis dan sifat barangan
* barangan teknikal - televisyen, pameran, internet
- perlu penerangan dan tunjuk ajar
* barangan baru - sampel percuma
* barang perhiasan - majallah wanita
* perkakas dapur - pameran, ekspo
- perlu tunjuk ajar jurujual
* perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah

2)Kos Pengiklanan
* ikut kemampuan peniaga
* peniaga kecil-kecilan - media murah
- papan tanda/risalah
* syarikat besar - media mahal
- televisyen/ akhbar/ majalah

3)Tujuan Pengiklanan
*akhbar - matlamat sampaikan maklumat ke seluruh negara
- barangan baru
* sampel percuma dan borang maklum balas- ingin tahu sambutan orang ramai
* televisyen/radio/internet- untuk atasi pesaing- menarik dan liputan luas

4)Saiz Perniagaan
* syarikat besar - media mahal
- televisyen/akhbar
* perniagaan kecil-kecilan - media murah
- risalah/poster/sepanduk

5)Sasaran Pengguna
* golongan pengguna yang diharapkan membeli
* sampai mesej kepada golongan yang betul
* peralatan sukan - majalah sukan
* barang kemas - majallah wanita

6)Luas Pasaran
* barangan pasaran - risalah/papan
* setempat tanda/poster/sepanduk
* pasaran seluruh negara - televisyen/akhbar negara
* pasaran antarabangsa - televisyen setelit/internet
- majalah antarabangsa

7)Dasar Kerajaan
* peraturan mesti dipatuhi
* penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,
* arak dan rokok dilarang dalam iklan tv
* dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan
* barang perhiasan - majalah wanita
* perkakas dapur - pameran, ekspo- perlu tunjuk ajar jurujual
* perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah

BAB 7 : PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN

BAB 8 : KONSUMERISME

0 comments: